Thursday, 27 September 2012

arghhhh cirit-birit lagi?

dokumentari sangat post ari ni...

huhu bukan apa, lepas kawen ni rasa macam imunisasi badan dah lemah. lagi-lagi masa awal kawen dulu.. demam panas sampai kena masuk air segala, paling tak tahan - CIRIT-BIRIT atau bahasa sopan yang tak meloyakan ialah DIARRHEA *err bunyi cam jijik jugak je.. huhu

ok la, ia bukan sejenis penyakit tetapi biasanya kalau terkena.... berlaku kekerapan dalam pergerakan usus dan pembuangan najis err serta berair. ye, sehingga badan 'dehydrate'. lesu okeyyyyy.....

just nak share la, apa yang doktor sarankan masa terkena diarrhea tu...
  1. minum banyak air putih. *masak ye air tu. kang lagi teruk lak diarrhea. seeloknya minum perlahan-lahan sebab kalau laju-laju, rasa nak muntah. perut penuh angin dan masa tu memang apa pun dah taknak telan tau....
  2. elakkan minuman beralkohol, berkafein dan SUSU.
  3. ye, doktor suruh pantang susu & nasi. katanya ubat tak berkesan kalau kita makan macam biasa....huhu makan makanan lembut macam roti atau bubur la ye sementara waktu...
  4. diarrhea ni terjadi kalau kita makan makanan tercemar dan perut tak hadam makanan yang di makan sepenuhnya. maka, secara logiknya sila jangan makan makanan yang susah di hadam seperti daging, makanan yang berlemak serta makanan mentah termasuk sayur-sayur mentah. elok makan makanan yang di masak sahaja.
  5. jika berlarutan 3-4hari, jumpa doktor. biasanya doktor bagi antibiotik, charcoal untuk bunuh bakteria dan garam. ye, garam untuk atasi 'dehydration'.
tetapi, terus dapatkan rawatan kalau cirit-birit berdarah, berat badan turun mendadak, demam, loya muntah-muntah. kalau rasa sakit-sakit bahagian perut tu, segera jumpa doktor. bukan apa, risau kalau ada masalah lain..

ok la, apa pun i lebiu husband. walaupun u tak sedar i berulang ke toilet sampai terlena atas sofa kat ruang tamu. hoho.

1 comment: