Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Check up - 35 weeks

Hai semuaaaa :PEntry ni terperuk dalam draft lama sudahh. Rasa mau update pasal check up tapi takde idea polakkkk. Apa nak tulis?? Santai aje la kan? Pengalaman mengandung tambah2 anak pertama, super excited dan rasa macam hari2 nak scan tengok baby dalam perut. Kat kl ni tiap kali scan kat klinik private mesti kena caj RM 50. Leburrrr. Hehe takpe la anak.. ibu dengan ayah usaha nak dapatkan kamu pun dekat 10bulan. Dah dekat anniversary baru la tau tengah pregnant, alhamdulillah sebab takde alahan teruk. Sedar2 tak datang bulan tu yang check. Kalau tidak.. fuhh bahaya k, ibu lasak!Ibu memang beli sendiri je ubat kat farmasi hospital *iberet folic & calcium. Lain2 payah nak telan. Ada 1 fasa ibu makan fish oil untuk perkembangan otak kamu. Lepas abes je 1 botol tu stop. Susu pun macam tu. Anmum materna 2 kotak je tu pun kotak ke2 tak abes. Beli higoat, 2 pek kecik je lepas tu rasa tak bole tahan muntah pagi2. Amik susu kotak dutchlady strawberi je pagi2 or petang tiap hari. Masuk t…

Update: wishlist after maternity

Salam.. hello!Amboi... baru je post pasal wishlist dah ada update? Melampau sangat ye... Bukan apa, excited sangat bila tetiba cousin husby booking flight pegi krabi -- Nov'13. RM360++ 2pax. Cantiklahh! memang time anniversary pun. Ahh masuk ni 2 kali la diorang honeymoon kat krabi. Apa lagi, ada diorang senang la segala arrangement.. i pun masuk jarum la terus bodek husby. Kannn ;) tapi tak berjaya sangat la.. huhuFrusttt sangat tu takde la sebab selalu la kalah bila ajak husby bercuti. Ingatkan dah ada cousin tu dia nak laa pegi.. nan ado.. tapi, sebagai isteri yang tabah.. *ewahh!! i tak putus asa.. haha ini semua demi menjayakan misi wishlist jugak la.. Godek2 AA, tetiba jumpa flight ke ******. Hehe rm69 return. Total RM267, Oct'13. Mula2 tanya date yang husby available je. Yeyy ada! Bersinar2 mata. Mungkin jugak mood husby good2 time tu. So.....Approved!Alhamdulillah.. hehe siapkan la duit ye nak labur nanti. Motif jalan2,bukan shopping k! InsyaAllah sampai masa nanti kit…

Beg ke hospital - mak baby

Salam.. hai ;)Dah siap kannn barang baby, barang ibu dia la polakkk. Hehe meh tengok apa yang nak bawak. 3d2n punya pakej gak k. Harapnya dah ready, mudah laa semuanyaa... aminn*IC ibu & ayah
*Kad kahwin & Sijil Nikah
*Kad lawatan hospital/ Buku pink
*3 x blouse/t-shirt
*3 x kain batik/skirt
*1 x sweater
*2 x stokin
*1 x towel
*6 x disposable panties
*3 x nursing bra
*2pairs x breast pad (extra disposable 3pairs)
*Maternity pad x 1pek
*Toiletries
*Telekung
*Tudung
*Buku/ majalah
*Selipar
*Handphone & charger
*Minyak Angin
*Air Zamzam-start minum dari 9bln..
*Kurma
*Air mineral/air masak
*Termos air panas
*Cawan & Sudu
*Biskut or roti
*3in1 milo/horlicksDah bole letak sebelah beg baby. Kelam kabut nanti lupa semua. Huhu *nasihat dari sepupu, banyak2 baca doa nabi Yunus moga Allah mudahkan jalan kita..aminnnDalam rumi,
"Lā 'Ilāha 'Illā 'Anta Subĥānaka 'Innī Kuntu Mina Až-Žālimīna"

Beg ke hospital - baby

Salam...I think it is the time. Actually da start packing  barang baby untuk bawak ke hospital. Tapi kejap2 stop pasal ada yang tak cukup or nak tambah. So here is my list. Final. Untuk pengetahuan korang, list ni untuk standard pakej 3d2n kat hospital pilihan masing2. Ok, faham? *4 x baju baby (2 pasang lengan pendek, 2 pasang lengan panjang)
*1 x baju cantik + 1 x topi baby (keluar hospital)
*2 x receiving blanket
*1 x tuala baby
*Nursing pillow/ bantal kecik
*2pasang x mittens & booties
*3 x barut baby
*2 x sapu tangan
*3 x lampin (+ nappy liners)
*1-2pairs x safety pin untuk lampin (standby aje)
*6 x pampers
*4 x plastik bag (untuk isi uri & baju kotor)
*Baby wipes/wet tissue x 1pek
*Baby wash, baby lotion & baby powder, baby oil (travel set)
*1 x Feeding Bottle  (125ml/4oz )
*1 x Minyak Telon/Minyak Yuyi Ok dah rasanya takde yang tertinggal. Fuhh bole standby dalam kete siap2 ye..

Wishlist - after maternity ;)

Haii.. Berangan tak salah kan? Takde buang duit pun. Haha sebenar2 nya tak sesabar tunggu hari lahirnya baby :P Sebab apa??
Tak tertahan rasa di hati nak resign dari opis sekarang ni.. malas ye nak cerita apa yang di lalui sepanjang keje ni, anggap je semua dah di takdirkan ;)Ok, for a new start... Wishlist ni sebagai pembakar semangat dan reward for myself kot setelah lama bertahan.. lalalalaaa :P ok,
1-deliver. Ehh haha misi adalah letak notis berhenti keje selama 2bulan, sekaligus dalam cuti 2bulan maternity leave *moga Allah mudahkan jalan..
2-bercuti. Yes, rasanya takde honeymoon mana2 lepas pegi frazer. Baby akan di jaga oleh mak sementara kami jalan2. Hahahaaa *harap2 murah rezeki... aminn
3-attend pastry class. Ye, nak tolong SIL buat doorgift. Maybe muffin or apam polkadot. Owhh sila berlatih sampai pro! U can do it!!
4-mesin jahit. Ini plan masa depan di mana banyak masa terluang lepas deliver sampai la nak dapat keje baru. InsyaAllah...Ce tgk. Hehe iskk nak g kira duit t…

Hadiah pertama untuk baby!

Salamm.. Lama tak jenguk. Hehe busyy.. *ko sorang je busy kannnnOk2.. rasanya ramai yang tau sebelum mengundi tu harga emas jatuh. Apa lagii.. kaum ibu serta penggemar emas tak kurang jugak yang nak kawen yang nak tambah koleksi emas pakat ramai2 serbu kedai emas. KannnNak jadi cerita aku pun berkira2 nak belikan baby ni rantai tangan. Aikkkk terbocor rahsia. InsyaAllah baby girl. Scan 2-3 tempat girl aje. Nampak 2 bibir kata sorang doc ni. Flower.. haha Ok fine! Akak ipar aku asek menanya kat husband. Bab2 ni husband rujuk la kat aku, nak ke gelang baby? Aku pun macam pelik. Ehhh husband aku tau pasal emas? Pelik2... aku pun tanya balik. Ada BAJET ka?? Dia senyap. Hahaa *duit banyak dah mengalir ke renovate dapur derrLast2 aku terfikir -- MAK! Hehe pelaburan mak aku memang emas. Sejak adik perempuan aku meninggal (Al Fatihah).. aku je la tempat dia kongsi minat dan hal2 perempuan. Aku galakkan je. Yelah, nilai takkan merosot kan emas nihh.. Hasil deal dengan mak, ni laaaSyukurr.. unt…

Hari Ibu 2013

Entri khas untuk mak. ;) SELAMAT HARI IBU... in advance! Ramai kan antara kita yang terasa lebih keibuan atau hargai ibu kita masa pregnant. Macam aku gak la.. terasa sungguh pengorbanan mak dulu.. So, korang pun mesti banyakkkkk plan untuk celebrate dengan mak tanda kasih sayang kannn. Husband share2 duit dengan adik beradik dia belikan mama cincin emas. Ye laa korang pun mesti tau yang harga emas turun banyak woo sebelum mengundi aritu.. *jeles gak pasal wife mintak loket tak dapat2. HahaMama da dapat cincin. Mak aku?? Sebab aku anak sulung dan sorang je keje dah tu berkeluarga pulak, blurrr terus nak bagi apa? Nak bagi emas jugak? Mak memang suka simpan barang emas. Pelaburan katanyaaa... Takyah la bazirkan duit belikan.. hehe Tapi, macam mak tau2 je.. mak cakap 'nak order la set jug dengan mug Vantage tu'. Ting!!! Yess fav mak lepas bersara. Pinggan mangkuk jenama Vantage yang berbunga2 tu. Haha Nahhh kebetulan ada promo. Set ni 1jug + 6mug pastu foc 2 mug. Ok la tu sekada…

Mengundi oii

Salam..



Sebenarnya ni kali kedua aku layak mengundi. Owhh tapi ni kali pertama nak mengundi hehe pasal dulu tengah belajar, ada hal tak dapat elak so tak boleh nak balik..

Emm Aku balik ni pun pasal tengah pregnant takde sape nak jaga kat sini. Ade la adik yang tak layak mengundi tu tapi dia layak ke jaga aku? Hahahaa kang aku buat perangai susah dia nak handle. Bertolak ke utara pukul 3pagi. Dalam 7-8pagi gak la sampai. Syukurrrr amat jalan tak jem. *actually hubby call PLUS tanya keadaan  trafik kat highway dalam pukul 11.30malam. Masa tu jem ye dari sg buluh, rawang ke tg.malim dengan excident lagi.. aku nyenyak tido masa tu.. letih keje, he decided to wake me up at 2am. ;) cayanggg dia kat i okeh. Haha wekkk..

Dah la. Nak ceritaaa pasal mengundi tau!

Apa perlu masa mengundi ni?
Mesti la kena mendaftar kan? Dulu mak yang daftarkan. Lepas tu da kuar tarikh mengundi kena la check kat mana tempat nak mengundi tu.. Boleh terus check sini atau SMS aje. Kalau digi taip SPR<jarak>IC…

Dapur - 50% progress

Ekkk.. salam ;) Semangat waja nak update blog haa... Ni kisah dapur yang buat aku fikir banyak kali pasal banyak pakai duit walaupun dapur sekangkang kera. Ingat entri ni Hahahahaaa baru lepas minum aurawhite. Aktif kemain baby dalam perut ni. Hope awak dapat terima ye anak.. risau la polakk ehh tetibaaa

Mood happy sebab tak dapat balik mengundi *tipu. Emm dengan niat tak berapa nak suci, apply cuti sabtu. Jenuh gak btekak dengan bos sewel tu. Ahh pedulik la. Nak lepak2 kat umah.  Jumaat malam husband balik penang. Sobs ;(

Ok berbalik pada tajuk.

Hehe asek melencong je.. seronok bila dapat apa yang di angankan :) nahh sila layan pic dapur. Sume da ok kecuali nak mekap sikit dengan pasang exhaust fan. Tak sesuai la letak hood dapur kecik. Tak praktikal. *haha padahal takde bajet nak letak hood bagai.. Lepas siap, adik pasang laci.. aksesori sekali dengan pintu kabinet ikea itu nanti. Dah cun i'll update lagi ekk..

Alkisah baju raya 2013

Hello.. salam,
Semalam berjimba2 dengan suami ke masjid jamek, niat hati nak beli kain batik untuk pantang nanti terus la cari kain nak pakai masa kenduri adik ipar.. tapi, dek kerana kerakusan dan gelojoh dia.. terpaksa kain tu jadi baju raya la nampak gaya haha
Mana tak nya si adik cakap 'cek pakai baju kaler peach, family takmau kaler sama' si abang faham - tak sama tu kalau oren pun tak sama kan?? Pastu abang dengan bergaya pass tepon kat wife dia & dengan segera suruh SA potong kain yang dia kenan dah tu. Kat tepon ni si adik cakap, kak.. sat cek anta palet kaler kat fb kak tau! Tettttt apa lagi.. aku cepat2 bukak fb, dan....
tadaaaaaaa
Hahahaa kaler lavender itu ye patutnya family pakai. Sekian..
Apa nak dikata wahai suami? I lap u so much lah, tak memasal i bley tempah baju raya dengan perut 8bulan ni.. pastu dapat la peluang sopim lagi ek lepas abes pantang.. yeyyyyy!!
Owhh i will update my sil pny wedding progress - kental semangat nak DIY nihh mummy-to-be ;)