Tuesday, 28 May 2013

Check up - 35 weeks

Hai semuaaaa :P

Entry ni terperuk dalam draft lama sudahh. Rasa mau update pasal check up tapi takde idea polakkkk. Apa nak tulis??

Santai aje la kan? Pengalaman mengandung tambah2 anak pertama, super excited dan rasa macam hari2 nak scan tengok baby dalam perut. Kat kl ni tiap kali scan kat klinik private mesti kena caj RM 50. Leburrrr. Hehe takpe la anak.. ibu dengan ayah usaha nak dapatkan kamu pun dekat 10bulan. Dah dekat anniversary baru la tau tengah pregnant, alhamdulillah sebab takde alahan teruk. Sedar2 tak datang bulan tu yang check. Kalau tidak.. fuhh bahaya k, ibu lasak!

Ibu memang beli sendiri je ubat kat farmasi hospital *iberet folic & calcium. Lain2 payah nak telan. Ada 1 fasa ibu makan fish oil untuk perkembangan otak kamu. Lepas abes je 1 botol tu stop. Susu pun macam tu. Anmum materna 2 kotak je tu pun kotak ke2 tak abes. Beli higoat, 2 pek kecik je lepas tu rasa tak bole tahan muntah pagi2. Amik susu kotak dutchlady strawberi je pagi2 or petang tiap hari. Masuk trimester ke3 dah bole terima susu. Masa ni la abeskan stok higoat tu.. soya, air kelapa pun belasah aje. Emm pantang makan? Memang takde..

Ok2, benda paling tak sabar masa tengah tunggu turn nak check up tu mesti la nak scan tengok kamu. Haa debar2 tunggu. Dapat tahu berat kamu 2.3kg minggu ni. Lain2 semua ok. Air ketuban kedudukan uri sume bagus. Ibu doa semoga Allah mudahkan urusan ibu melahirkan kamu. ;) love u my healthy baby..

Keluar dari bilik doc tu? Surprise..!!

Free gifts. Pregnant adalah membahagiakan. Selalu murah rezeki tau? Jika ada kesulitan, berserahlah pada Allah.. have a nice day all ~

No comments:

Post a Comment