Friday, 21 June 2013

Menunggu hari..

Salam..

Hai! Ada lagi post, belum masanya untuk deliver.. huhu ikutkan due lagi 5hari je lagi ;)

Last check up on wednesday morning. Memang dah amik mc 2hari kat klinik luar.. check up minggu 39 ni memang lain la sikit pasal takde patient so bole masuk je, 1st time aku datang dengan husband aku *bajet confident dapat mc dan tak masuk keje pun!

Cerita2 dengan Dr Suriati, yes.. aku dapat MC sampai sabtu. Isnin dan seterusnya pandai2 la aku kawtim dengan HR nanti.

Buat masa sekarang rehat2 je.. husband keje, tengah malam dia lari balik. Kesian dia. Kesian aku gak. Haha sebab terperuk dalam rumah. Tangan aku makin kerap kebas. Ramai cakap kurang kalsium tapi bila refer doktor, ada explaination lain. Takde yang serius pun.. Kalau kurang kalsium biasanya lebih kepada kejang kaki. Ye, yang aku terjaga tiba2 dan tepuk2 husband kat sebelah sambil jerit kaki sakittt! Dia dengan rileks akan tolak tapak kaki ke depan dan urut2 kaki.. huhu

Perut kerap mengeras. Taktau kenapa. Aku layan je. Mak mentua mula asek suruh minum air bunga fatimah ke namanya? Untuk mudahkan bersalin.. tapi aku minum, sikit2.. minum air kelapa sebab akak opis kata bole elak jaundis dan bersihkan baby..

Tawakal je la dan doa baby selamat dan sihat bila sampai masanya.. positif dan get ready!

No comments:

Post a Comment