Tuesday, 13 August 2013

Seribu kemanisan ;)

Salam..

Hohohoo ape ke lama benar nak update blog pun.. dah masuk 52 hari baby, tapi saje2 nak cerita jugak pengalaman melahirkan puteri sulung..

39 minggu, 4 hari - sabtu 22 June 2013
Aku dapat mc sampai arini. Ahad memang tak keje. Debar tak kira, malas nak fikir pun ada. Mc nak abes dah, due dah dekat sangat ni.. macam biasa berchenta ngan husband nak kuar makan, tiba2 perasan ada 'mucus plug' *aku agak je. Tanpa darah. Aku diam2 tapi husband nampak. Gesa aku pegi spital. Malas la. Tak sakit. Dalam hati nak beranak dah ke?? Malam tu sebelum husband balik keje, request air oren fresh. Jus. Bukan pewarna mahupun tiruan.

Balik je husband pukul 11mlm -- ada nasi ayam je?!! Huwaaaaaa nanges2 merengek nak air oren.. tapi, rasional lagi.. tak bagi la husband pegi beli dah lewat malam.. sabarkan hati agar esok sempat lagi.. zzZ

39 minggu, 5 hari - Ahad, 23 June 2013
Bangun pun da lewat. Siap2 nak makan. Masa mandi perasan ada lagi lendir jernih tu tapi kali ni sekali dengan darah. Ok jangan panik.. cari air oren. Makan nasi. Sambil2 tu dah mula sakit. Mild2 aje lama2 sakit lak. Emm tengok jam tiap2 25min ke 20min kot. Tak berapa reti. Terusss pegi jusco maluri. Hehehh motif? Cari suar dalam. Muahahaaa bole?

Jalan2 haihhh sakit lain macam aje. Makin lama makin terasa. Kerap lak tu. Takpe2 order takoyaki dulu. Hahahaaa last2 husband tak tahan tengok muka berkerut aku tu. Dia bawak pegi hospital. Dekat pukul 5ptg dah. Admit. 15min camtu masuk LR. Tukar baju segala. Sempatt update IG.

Lalalaa seluk. 3cm. Serrrrr ngilu. Husband balik umah laju2 kejap. Tapi rasa lamaaaa gila. Bacaan contraction kerap. Epidural? No. Aku sedut gas entonox tu dan aku cakap nak suntikan pethidine tu. Rasa macam di awangan polakk. Hahahh tapi bila nurse pecahkan air ketuban.. sakitttttt dari 3cm ke 5cm teruss ke 8cm. Masa tu pukul8 lebih. Malam. Cepatnya masa berlalu. Ehh

Tetiba rasa arghhhh nak teran.. 3x rasa tu tapi doktor tak sampai lagi. Nurse tak bagi teran. Suruh aku hidu gas tu. Memang dah tak berkesan oii.. aku takde la menjerit, tapi husband kena peluk dan aku tarik kuat2. Husband takut aku gigit dia ok. Tapi memang rasa nak ketap bibir kuat2. Doa? segala ayat berterabur dah..

9.10 malam selamat lahir baby kami. Push3 terngiang2 masa tu. Dalam lalok dan kekurangan tenaga tu aku gagahkan sambil pejam mata. Tariklah nafas panjang2 dan pushhhhhhh.

Alhamdulillah. Aku dan baby ok. Husband pun ok tak pitam. Hihi. Mak ayah sempat sampai lepas aku selamat bersalin. Bawak durian manggis segala. Emm harapannn. Punah tak dapat makan. Haha tenaga takde. Cuma rasa bahagia ;)

Malam tu. Nisfu syaaban.
Malam kelahiran puteri sulung kami...

No comments:

Post a Comment