Monday, 28 October 2013

23 Oct - 4 bulan!

Salam..

Hee arini luthfia masuk 4 bulan.. macam2 ragam dan cabaran la dalam masa tu. Ye la, anak baru sorang.. banyak benda nak belajar.. kalau anak ramai sekali pun tetap kita ni manusia takde yang sempurna, kena belajar jugak.. tak kisah la dari pengalaman lalu atau pengalaman orang lain.. gituu...

Tetibe sangat kan.. hehe dalam pantang dulu mak aku sekali dengan aku la ajar anak susu botol. Gigih pam, frozen ebm tu, panaskan bagai. Dah kata cita2 nak susukan anak at least 6 bulan.. insyaAllah hingga 2 tahun.. masa tu ok je.. dia sungguh2 minum 2oz-3oz kejap je. Haaa guna botol TT. Bahagiaa.. sampai la balik kl, masuk 2 bulan.. aku bagi dia taknak. Bagi je uwekkk bagi je dia nanges. Ahhh sudah. Bukan aku tak ajar awal2 ye, syukur la anak ko tak lalui fasa reject botol. Syukurr.. tapi bukan la sebab tu je jadikan anak aku susah di jaga. Pfftttt

Banyak botol, puting botol aku beli. Setakat ni berjaya susukan fresh ebm dengan botol dan puting MAM. Nuk, Momma, mimijumi aku belum try. Dr Brown pun sama sebab aku tak jumpa. Emm bole kata aku tak cari merata sebab husband cakap usaha bagi botol dan puting yang ada, sebab mana ada puting tiruan tu sama macam ibu punyaaaa. Kan? Pastu aku kan ibu dia.. taknak la pasal aku yang kasi. Mana tau orang lain dia nak, ye dak??

Ok lupakan yang itu. Hehe setakat ni dia dah pandai bergolek2. Kalau letak atas tilam kat bawah, dia mampu keluar dari kawasan tilam tu. Kaki kuat, aktif kemain.. nak salin pampers memang mencabar. Hihi belum berlari lagi kan? Anak bole angkat kepala dah lama, cuma tangan tak berapa kuat untuk dia beralih dan meniarap sendiri. So far dia pandai 'grab' dah. Tudung tu dia pegang abes senget2. Hihi

Owhh, kena pulak berjangkit selesema, batuk berkahak dengan ruam lampin lagi.. waktu yang sama pulak tu. Kesian.. ruam lampin tu pasal kitorang tukar2 jenama pampers, mana tau whoopee dengan huggies tak mesra dengan kulit anak.. basah je jadi lembab kawasan tu.. jangkitan kulat kata doktor.. so tukar lagi kerap dari biasa. Sebelum ni drypers dengan diapex ok je 4-6jam sekali.. huggies 3-5jam. Kalau whoopee.. 3jam sekali kot?? Guna krim jadi macam tak kering *refer pic. Tak berkesan untuk anak aku. So aku guna bedak tentera botol hijau tu. Bedak berubat cina korang bole beli kat kedai cina. Atau guna corn starch mahupun tepung ubi saje.. hari ke 5 tu dah kering, alhamdulillah..

Bawah paha.. celah2 tu  naik ruam
Untuk selesema dengan batuk kahak tu, hari2 tanpa gagal aku akan bagi madu campur dengan air suam cair2 tu sudukan dekat anak. Alaa tak banyak, ada la 1 sudu besar je sekali sehari.. Bagi aku kecik sangat nak sedut kahak ke apa. Nak sedut sendiri pun rasa lubang hidung halus sungguh. Haha malam2 sapu vicks kat dada, belakang badan sekali biar senang dia tidur.. minyak telon tu kerap sapu kat tapak kaki, betis dengan perut. Takmau biar sejuk.. kunyit tenyeh dekat hidung kata orang.. tapi aku buat sikit je sebab anak tenyeh2 takut masuk mata..

Tiap kali dia bersin, kuar je hingus aku lap sungguh2 walaupun dia marah. Hingus kalau simpan mana nak baik. Emm gitu jugak kalau aku selesema. Aku hembus banyak2 kali hingus tu sampai baik..tak payah makan ubat heheh lap hingus guna lampin pasal kalau guna kain tuala tu berbulu.. ada banyak cara lain lagi guna bawang putih dll tapi tak praktikal untuk bayi. Pada aku la.. korang bole cuba.. kalau tak ok, anak susah bernafas malam2 baik pegi klinik/hospital je. Bahaya jugak kalau biar. Ok?!

Syukur semua ok, dah sihat.. harap2 membesar jadi anak solehah..

No comments:

Post a Comment