Skip to main content

Luthfia's 1st trip - kuching

Salam :)

Entri ini untuk panduan bersama. Jalan2 bawak baby 3 bulan ke Kuching, Sarawak. 3h2m 3-5 Oct 2013, aku dah plan secara kasar.. puas google, blogwalking.. memandangkan ada 'communication error' dengan husband, sampai ke sudah tak dapat sewa kereta. Ciss! agak2 apa jadi? Hihi

Day 1
Flight: 8.30pg, breakfast dulu. Sampai 10.30pg *ada sikit delay dalam 15minit. Teksi dari airport ke Tune Hotel RM 26.

Early check in RM 15. Ok dah check in dapat beg ni berisi tuala, sabun ngan syampu comel tu. 


Breakfast memang takde tapi kat lobi ada macam kedai kecik bole la nak makan situ kalau taknak keluar.. owh lagi, patut call je Tune.. ada shuttle bus bole pick up dari airport.. RM 10 seorang minimum 2orang, baby free. Hehe kereta sewa pun ada tapi aku tak tanya.. *nampak dia tulis minimum 2hari. Malas nak tanya banyak2, nanti korang call Tune ek.

Masuk2 je.. tu key card and pintu toilet. Hihi
Sebabkan ada orang cakap, kenapa Tune? Kecik bla3.. meh tengok bilik. Aku dah booking siap2 Tune Hotel ni guna Airasia go je complete pakej dengan wifi, towel, tv, aircond 24hours. Mungkin la lagi murah kalau call atau walk in atau taknak service macam wifi, nak aircond 12hours je etc. *kipas pun ada dalam bilik tu. Hotel kemas bersih jimat kedekut haha :)


Pic dari depan pintu toilet. Excuse my babies. Hee
Tune Hotel depan Hilton je, dari simpang masuk ke hotel tu kami jalan ke kanan terussss je. Sarawak Plaza seberang jalan belah kiri, sebaris dengan Holiday Inn aka Hotel Margharita. Situ ada kfc. Depannya kompleks Tun Jugah ada McD.

Terasa agak panas dengan si kecik ni, kitorang jalan2 dalam mall tu dulu. Tetibe macam ramai gilaaa orang beratur kat kedai macam Al Ikhsan nihh. *fav kami* haha harus menjemah. Tengok sale 10-20% ja. Hampa.. ingat 70% kaa.. haha sampai sudah taktau benda free apakah yang depa tunggu.. dah le tak paham sangat apa depa cakap.... sobs

Ramai weii.
Nahh sampai luar tau.. 
Penat dah lapar, makan dulu dekat luar Tun Jugah tu. Ada kopitiam hehe. Saje try.. ingat nak makan laksa Sarawak tapi kami pilih set nasi sekali air RM9.90. Kenyang. Alhamdulillah.


Husband ajak pegi seberang naik sampan 50sen je belakang Hotel Margharita tu dekat dengan kek lapis Mira. Cari Dayang Salhah tak ketemu. Emm tapi sedap jugak! Atas meja penuh kek untuk korang rasa. Pilih le sampai pitam. Hihi tetibe hujan. Ishhh lama gak tunggu benti.. masa ni bebel dekat husband pasal dia la tak dapat kereta sewa. Huwaaaa..

Benti hujan, balik hotel mandi and tido. Nak ber-sunset hape dah hujan lebat? Anak pun sampai tertido kat kedai kek lapis tu.. cian dia.. hee.. malam tu kami jalan2 sekitar waterfront. Banyak kedai makan, sedap2 lak tu. Jalan3 beli pape yang patut..

Day 2
Pegi Sarawak Cultural Village, Damai Beach Resort

Bagaimana? Kalau naik kereta, guna la gps. Hahahh dia jalan ke Santubung. Dekat2 nanti banyak signboard. Rasa macam senang cari. Hihi kitorang naik shuttle bus naik depan Hotel Margharita. Trip seawal 9pg. Refer pic ok. Kalau apa2 no tepon ada tu :)


Entrance Fee
RM 60.00 (Adult) *orang sarawak RM20 je..
RM 30.00 (Child : 6-12 years old)
Free for Children aged under 6.
*with student ID RM15. Kalau tak silap. Huhu

Opening hours:
0900 - 1715 daily
They are two Cultural Shows per day:
1130 - 1215
1600 - 1645

26-30 June je..
Tempek kat baju.. selagi ada kuar masuk kuar masuk la seharian
Kami naik shuttle bus 10.15pg, sampai show ngam2 nak start so lepas tengok show then jalan2.. Lunch dekat dalam tu ada restoren masakan kampung. Rasa macam makan dekat rumah je. Better pegi petang kot, tengahari tu panas...
Passport ni sebagai kenangan. Lawat dalam tu dan chop! Hehe
Kipas RM 4. Panas tunggu nak balik. Cian anak..
Hihi tabung untuk anak. Kemainn jauh beli

Show. Hee pegi Saloma Bistro. Bandingkan. Lalalaa
Depan tu je Damai Beach Resort. Ada banyak kedai makan. Ada laut. Bole bbq, camping.. bole stay situ. Dalam Sarawak Cultural Village pun ada homestay sebenarnya.

 

Balik tu kami rehat, petang pegi jelajah Plaza Merdeka. Sale lagi! Berhabis gak la shopping macam kat kl takde. Hahahh Dekat je pun. Jalan kaki 5minit kot. Jalan celah2 bangunan, kalau bole elakkan naik teksi pasal tak guna meter..

Makan Kfc, hehe sini still sos dalam botol.. ingat dulu2.. tapi cawan milo ais kecik dari air gas. Ehh ke sama je ngan kl? Hahahh Pastu ada timun. Huhu malam makan mee kolok. Haa rare! Best. Mesti cuba! RM6 je.


Day 3
Late check out 2ptg RM 15. 
Last minit beli kek lapis Mira. Beli RM 100 free 1. Masam manis, Cadbury dan Hati Pari antara pilihan kegemaran. Pastu pegi makan nasi ayam buttermilk dalam Parkson. Hihi sedap sangat!

Shuttle bus pukul 1.30tghari. Taknak rush2 flight 4ptg. Bole kata misi 80% berjaya.. makanan takde langsung yang rasa tak sedap. Anak ok, bole bawak lagi hee next year pegi Sabah lak insyaAllah..

*Pasar Serikin sabtu ahad aje. Shuttle bus kat Tune tu bole bawak, seawal 8pg. RM 100 sorang kalau tak silap. Takde plan so tak pegi. Rasanya kalau ada kereta lagi baik. Huk3 sila la cari kereta sewa awal2 bagi mengelak kehampaan..

Comments

Popular posts from this blog

Pulau Perhentian

Salam uolss

Last weekend 2-4 April kitorang g Pulau Perhentian. Rasanya dah 3 tahun ajak husband hahahaha tapi akhirnya dapat la pegi, 100% plan En Kudin dengan kawan-kawan dia.

Trip sebenarnya 3h2m, jumaat tengah malam kami bertolak naik van 11 seaters.. selesa sangat2 untuk 3 family with 3 toddlers, 1 infant dengan budak bujang sorang aka driver jugaklah tu hihi. Lagi 4 orang naik flight. Kelasss. Jumpa kat jeti hehe

Pendek cerita, sampai jeti dah ada orang nama Ila tunggu. Amik pakej dengan dia. Asalnya sampai je check in then Jungle Trekking lepas tu leisure/free and easy, malam ada BBQ. Esoknya breakfast pastu snorkeling sampai 3ptg, lunch provided then rest and malam BBQ. Isnin check out then balikkk.

Sampai tu bot tak gerak lagi so kitorang breakfast kat jeti dulu. Sedaplah makan dengan tak gosok gigi tak mandi. Hahaha kan tido dalam van sepanjang jalan, kan? Anak 2-2 ok je mentido sampai pagi.

Sudah makan sudah bayar bagai naik bot dalam 30-45 minit camtu.. sampai Cafe Amelia.…

Itinerary Yogjakarta

Hai, 
Ni plan trip 'bujang' kitorang Sept nanti. Dari 6 tinggal 4, yang 2 tu kecundang. Biase la isteri-isteri orang, termengandung HAHA plan tindakan tak ketat lah tu. So, teruskan berjuang ye yang 4 ni kira jadik lah. Actually ni yang ke 2. Tahun 2016 kitorang pegi Padang. Err nanti lah throwback. Nak sapu habuk dekat sini bukan senang k. Istiqomahhhh.
Day 1
12 tgh    Sampai Yogjakarta (Yeyyy!)
              Lunch
4 ptg      Parangtritis/ Gumuk Pasir (Padang Pasir) – SUNSET
Entrance – 3,000/pax
Mobil - 5,000 (1,250K/pax)
Alun-Alun Kidul) 30,000 - 80,000 (4 pax) (bajet: 10,000/pax)
Day 2
7pg         Breakfast @ hotel
8pg         Hutan Pinus (bergambar)
Entrance – 2,000/pax
Rumah Hobbit – 2,000/pax
Kebun Buah Mangunan – 5,000/pax
12 tgh    Timang Beach (gondola) – SUNSET
                Upah org kg utk bawak – 60,000 atau kurang/ sewa motor (jln teruk, berbatu)
                *gondola 200,000/pax
                Lunch (Lobster) bajet sharing - 400,000 (100,000/pax)
4ptg       Goa Pindul (air te…

beware: photographer penipu.

salam...

entah kenapa aku susah sangat nak tido sekarang..
lelap sekejap, terjaga pastu terkebil-kebil sorang..
haihhh nasib baik hubby bole tido walaupun cahaya dari lappy ni bole menggangu lena  - hehe lappy betul-betul tepi katil.  *penakut muahahahaa
***************************

cam tak sape nihh?? ingat balik entri lama di sini. aku dan ramai lagi hire dia untuk 3event.
kes aku, dia hantar krew tapi dia hutang krew tu so kena la hold my album kan. masa up entri tu, dia balas mesej kat fb dengan alasan phone rosak.
masa tu kecoh sebab SYD CHARICE aka SITI RAHMAH ABDULLAH - ic no: 850222-05-5404 tu tak attend or hantar krew untuk shoot wedding diorang.. lepas dia explain & confirm she will come on 7 jan, so aku lepak.. wait and see..

dia jugak cakap nak bayar aku so aku bole bayar krew tu dulu.. but!
kecoh lagi dan lagi.. why? dia buat taik tak datang lagi wedding seterusnya dan blablabla.. aku tak tahan asek push tanya album dll
langsung dia taknak balas dah mesej-mesej aku... until..
m…