Friday, 11 October 2013

Sotong goreng tepung

Salam :)

Hehe entri tertunggak. Dah tetibe nak share resepi polakk, kan? Bukan tetibe rajin masak ke hape tau. Alkisahnya kami laki bini suka bebenar makan sotong goreng tepung. Pegi tipah kitchen depan umah je. Rm10 sedia. Hahahh selit2 la rasa tomyam dia. Perghhh sedap oii.

Nak jadi cerita, macam biasa le ikut husband naik genting.. on the way tu perut berkeriuk lak, mulut pun asek la bunyik 'nak makan, bole?' ......... 'nak makan bole dak?' Maafkan aku pasal aku memang kuat makan. Suami aku jawab 'tak bole'. Grrr

Aku dengan sabar pun tunggu je.. *sedih la konon ingatkan kena masak sendiri nanti.

Tetibe husband benti. Owhhh kat gombak dekat ngan UIA. Macam penah datang.. tapi nama restoren 'Sukhumvit'. Emm, menu? Thai dishes lahh. Rupanya dulu Kunang2, sekarang dah tukar laaa! lamanya tak datang.. dulu ada live band pastu menu makanan lagi best lah western food bagai. Tapi, tempat masih cantik. Kalau menu dia ala2 fullhouse tu confirm ramai propose awek nak buat bini kat sini. *imaginasi*

Panjang merapu.. hahahhh

Husband order sotong goreng tepung. Bayangan macam yang kat tipah kitchen tu. Tetibe sampai? Hahahaaa 5 ketoi ala2 cucur tu. Potong2 ade la sepotong sotong je tiap2 ketoi tu. Rm10 gak. Err.... dengan redha husband makan je takde banyak songeh.. hihi

Esoknya.....

Aku tekad nak buat sendiri. Sebelum ni bukan tak penah buat tapi tak sama macam kedai. So kali ni nak cuba lagi.

Bahan2:
Sotong basah *hiris.
Telur
Tepung gandum
Garam

Cara2:
Gaul sebati telur, tepung dengan garam tu agak2 x cair sangat pastu masuk sotong tu macam ni


Goreng dan hidang!



Haa.. senang dan mudah kan? Sotong 6 ekor saiz sederhana, sebiji telur, tepung agak2 je.

Puas makan :)


*Tomyam ala tipah kitchen? Haha belum master lagi. Nanti2 bila reti, aku update kat sini. Hee

No comments:

Post a Comment