Skip to main content

House hunting - Rumah Pertama

Kemain lagi kan?

Last year, dari bulan 10 kot.. punya la beriya-iya menggoda si suami ajak beli rumah. Ye, sebelum ni tak penah terfikir pun.. masa sebelum tu ada pelarasan gaji.. terus aku buat loan ASB. Lama tau tunda, sebab banyak sangat yang menghalang. Owhh itu atas nama aku untuk anak-anak. Jangan risau. Tiada kena mengena dengan gaji suami. Hoho 

Godaan tu bukan la paksa dia cari rumah atau asal dengar ada lot baru je nak terjah.. aku cuma tunjuk atau wasap pic rumah cantik-cantik.. aku save google picture yang aku rasa nak bilik gitu.. nak dapur gini.. tu jee... kononnye inspirasi.. ada la ajak g ikea sebab nak capai citarasa mengarut tu, so sikit-sikit aku kemas umah yang duduk sekarang ni.. dalam hati sabar le.. nanti rumah sendiri bole la buat macam-macam.

Risik punya risik dapat la 1 developer tengah buka lot untuk jualan. Teres setingkat ada la beberapa lot tengah dan impian nak rebut 1 lot semi D tu. Eii kau ni.. gaji aku kan ciput je. Harus la 44 kali bank mintak itu ini segala bagai.. dah nak masuk 3 bulan aku naik pasrah.. hihi bukan apa, rasa mengarut sangat dah punya seksa nak beli rumah. 

Dah tertulis agaknya rezeki cuma teres setingkat, booking terus masa bukak lot baru depan taman. Alhamdulillah walaupun tetap tak dapat lot tepi, loan approve laju-laju pulak untuk lot rumah yang suami pilih. Lega sangat. Pengalaman katanya... 

Alkisahnya, sekarang tunggu rumah siap. Beli rumah kat Sungai Petani, keje sekarang kat KL lagi.. hehehh takpe.. jangka siap 2017. Harapnya masa tu dah dapat tukar ke sana. 

Dalam masa ni.. kena terus menabung walaupun GST.. walaupun anak 2 nanti bertambah-tambah kos belanja bulanan.. Berangan itu freeeee!



Berserah dan yakin pada Allah! Moga angan-angan jadi kenyataan.. aminn

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pulau Perhentian

Salam uolss

Last weekend 2-4 April kitorang g Pulau Perhentian. Rasanya dah 3 tahun ajak husband hahahaha tapi akhirnya dapat la pegi, 100% plan En Kudin dengan kawan-kawan dia.

Trip sebenarnya 3h2m, jumaat tengah malam kami bertolak naik van 11 seaters.. selesa sangat2 untuk 3 family with 3 toddlers, 1 infant dengan budak bujang sorang aka driver jugaklah tu hihi. Lagi 4 orang naik flight. Kelasss. Jumpa kat jeti hehe

Pendek cerita, sampai jeti dah ada orang nama Ila tunggu. Amik pakej dengan dia. Asalnya sampai je check in then Jungle Trekking lepas tu leisure/free and easy, malam ada BBQ. Esoknya breakfast pastu snorkeling sampai 3ptg, lunch provided then rest and malam BBQ. Isnin check out then balikkk.

Sampai tu bot tak gerak lagi so kitorang breakfast kat jeti dulu. Sedaplah makan dengan tak gosok gigi tak mandi. Hahaha kan tido dalam van sepanjang jalan, kan? Anak 2-2 ok je mentido sampai pagi.

Sudah makan sudah bayar bagai naik bot dalam 30-45 minit camtu.. sampai Cafe Amelia.…

Itinerary Yogjakarta

Hai, 
Ni plan trip 'bujang' kitorang Sept nanti. Dari 6 tinggal 4, yang 2 tu kecundang. Biase la isteri-isteri orang, termengandung HAHA plan tindakan tak ketat lah tu. So, teruskan berjuang ye yang 4 ni kira jadik lah. Actually ni yang ke 2. Tahun 2016 kitorang pegi Padang. Err nanti lah throwback. Nak sapu habuk dekat sini bukan senang k. Istiqomahhhh.
Day 1
12 tgh    Sampai Yogjakarta (Yeyyy!)
              Lunch
4 ptg      Parangtritis/ Gumuk Pasir (Padang Pasir) – SUNSET
Entrance – 3,000/pax
Mobil - 5,000 (1,250K/pax)
Alun-Alun Kidul) 30,000 - 80,000 (4 pax) (bajet: 10,000/pax)
Day 2
7pg         Breakfast @ hotel
8pg         Hutan Pinus (bergambar)
Entrance – 2,000/pax
Rumah Hobbit – 2,000/pax
Kebun Buah Mangunan – 5,000/pax
12 tgh    Timang Beach (gondola) – SUNSET
                Upah org kg utk bawak – 60,000 atau kurang/ sewa motor (jln teruk, berbatu)
                *gondola 200,000/pax
                Lunch (Lobster) bajet sharing - 400,000 (100,000/pax)
4ptg       Goa Pindul (air te…

beware: photographer penipu.

salam...

entah kenapa aku susah sangat nak tido sekarang..
lelap sekejap, terjaga pastu terkebil-kebil sorang..
haihhh nasib baik hubby bole tido walaupun cahaya dari lappy ni bole menggangu lena  - hehe lappy betul-betul tepi katil.  *penakut muahahahaa
***************************

cam tak sape nihh?? ingat balik entri lama di sini. aku dan ramai lagi hire dia untuk 3event.
kes aku, dia hantar krew tapi dia hutang krew tu so kena la hold my album kan. masa up entri tu, dia balas mesej kat fb dengan alasan phone rosak.
masa tu kecoh sebab SYD CHARICE aka SITI RAHMAH ABDULLAH - ic no: 850222-05-5404 tu tak attend or hantar krew untuk shoot wedding diorang.. lepas dia explain & confirm she will come on 7 jan, so aku lepak.. wait and see..

dia jugak cakap nak bayar aku so aku bole bayar krew tu dulu.. but!
kecoh lagi dan lagi.. why? dia buat taik tak datang lagi wedding seterusnya dan blablabla.. aku tak tahan asek push tanya album dll
langsung dia taknak balas dah mesej-mesej aku... until..
m…