Friday, 5 June 2015

Ku Aimi Zahra - Double Parking Drama

Hi!

Sambungan dari pengalaman delivery baby no 2. A lil princess too. Tak baca part 1 lagi klik kat sini

Ok so, beg mak dengan baby dah ready.. angkut je. Beg Luthfia pegi nurseri pun all set.. Luthfia dah mandi, husband dah mandi.. sakit still mild.. selamba je aku text wasap group opis bagitau tengah monitoring contraction. Mungkin today is the day - Friday 24 April 2015. 

Aku turun.. tak tau mana kereta. Lupa! Hahah. Encik kudin dengan Luthfia dah tunggu dalam kereta.. jalan depan sikit, hah tudiaaa.. *sengih!* bab pelupa memang dah biasa dari lepas beranak anak 1st lagi.. hihi bukan salah ibu mengandung tau! Tapi.. sengih tu kejap je.. sampai je, berita tak sedap pulak..

*Kereta tak bole tolak. Tunggu kejap cari owner dia* Dang!! Lagik. Kete auto, parking belakang kereta kami tu gear set P. Harus la tak bole tolak. Sama macam kereta Manual tarik handbreak. Hish seronokkkk sangat! Patutnya set la gear N atau kalau taknak sangat kena tolak, tulis nombor telefon letak kat dashboard tu. Tak la menyusahkan orang. Reti?? 

Cuak la. Berapa lama nak tunggu. 

Hon tak benti, ada makcik and akak yang nampak bagitau tuan punya kereta duduk blok tu tingkat 1. Dalam hati aku doa Allah mudahkan le.. huhu dekat mulut.. aku dah hamun bila contraction datang je aku hon kuat-kuat. Huhu dalam kecoh tu setengah jam kot.. datang akak ni.. sengih cakap *dah malam kan semalam* 

SHUT UP. NO TALKING, PLEASE. JUST REMOVE YOUR CAR.

Aku masuk dalam kereta. Encik kudin sempat cakap, lain kali letak gear N kak.. walaupun aku tak rasa akak tu dengar or ambil pusing. Takpe la. Dah maafkan pun.. huu 

Niat dalam hati nak pegi sopim ke macam Luthfia dulu or nak pegi terus hospital? On the way, husband cakap.. bole makan dulu kan? And i said yes! Masa tu mak tak reply mesej, ayah pun sama.. 

Err hehe till next entri!

*teman ibu pantang*

No comments:

Post a Comment