Monday, 1 February 2016

First trip 2016 - Cameron Highlands

Salam..

Seperti yang dah di war-warkan, kami dah selamat pegi Cameron gaya koboi. Hahahah mana idaknya, betul-betul koboi. Anak ok la.. kejesama tu kejap ok kejap tak tapi suka p tempat sejuk diorang behave sikit sebab takde la berpeluh tak la rimas sangat kan? Excited tau sebab dulu pegi masa lepas pantang Luthfia. Hee

Dalam planning mesti nak pegi Ladang Teh, Ladang Stoberi, Pasar Malam Brinchang, Makan Pankek bla3. Tapi plan berterabur sume. Jem ala kadar tu pun ganggu timing. Nasib baik Hotel best tapi next time nak bilik bawah. Malam-malam bole bukak pintu tengok luar. Hehe

Dekat parking:


Cameron tunggu kami datang. Abaikan Kudin punya muka fokus bawak kereta.


Sampai je terus check in pastu lepak-lepak makan. Kudin ajak jalan area pasar malam. *Pasar tu Jumaat dan Sabtu je tau. Hari lain still ada orang jual makanan etc tapi tak meriah sangat la..

Malam dinner kat Hotel, pilih set Steamboat. Ada set lain tapi tak ingat apa hahah. Bilik dengan breakfast & dinner ni makan je tak masuk air at RM 238. Harga promo ke? Taktau la sebab time PH. Mungkin hari Weekdays lebih murah. 








Hehe lepas makan round naik kete sampai S Corner pastu balik tido. 




Silap gak esok tu kitorang lepak sampai pukul 11 lebih baru check out dan pegi jalan.. jem la nak ke atas. Huhuu so pegi S Corner jelah. Niat nak beli bunga tepi jalan tu pun berkubur. Selamat duit. Huhu beli kaktus, sayur bla3 takde pankek pastu tak menyempat nak lepak minum-minum teh sebab anak-anak dah tido. Kesimpulannya walaupun seronok short vacay Kudin cakap takde dah pegi Cameron time PH, Cuti Sekolah dan Weekend. 
Terima kasih..

No comments:

Post a Comment