Saturday, 9 April 2016

Pulau Perhentian

Salam uolss

Last weekend 2-4 April kitorang g Pulau Perhentian. Rasanya dah 3 tahun ajak husband hahahaha tapi akhirnya dapat la pegi, 100% plan En Kudin dengan kawan-kawan dia.

Trip sebenarnya 3h2m, jumaat tengah malam kami bertolak naik van 11 seaters.. selesa sangat2 untuk 3 family with 3 toddlers, 1 infant dengan budak bujang sorang aka driver jugaklah tu hihi. Lagi 4 orang naik flight. Kelasss. Jumpa kat jeti hehe

Pendek cerita, sampai jeti dah ada orang nama Ila tunggu. Amik pakej dengan dia. Asalnya sampai je check in then Jungle Trekking lepas tu leisure/free and easy, malam ada BBQ. Esoknya breakfast pastu snorkeling sampai 3ptg, lunch provided then rest and malam BBQ. Isnin check out then balikkk.

Sampai tu bot tak gerak lagi so kitorang breakfast kat jeti dulu. Sedaplah makan dengan tak gosok gigi tak mandi. Hahaha kan tido dalam van sepanjang jalan, kan? Anak 2-2 ok je mentido sampai pagi.

Sudah makan sudah bayar bagai naik bot dalam 30-45 minit camtu.. sampai Cafe Amelia. Chalet kami belakang Cafe tu. Takde bilik yang ada aircond katanya. Jem ahh, check in pun pukul 3ptg sebab tunggu guest check out. Hoiii baru pukul 10.30 pagi rasanya time tu. Pukul 11pagi check in patutnya. Dah dua jam gak la lepak depan kedai.. hari dengan hati pun makin panas.. anak-anak dah tak berapa selesa. Mujur dapat 2 bilik awal dalam pukul 12 tengahari camtu. Kitorang masuk dulu sebab aku ada infant-Aimi dengan 1 family lain sebab wife tu pregnant. Then mandi sume tido keletihan.

Petang sikit kami lunch. Lepas lunch laki sume main kayak 1jam RM 10. Masa tu baru tahu yang lain dapat 2 bilik je. Kesian sangat budak bujang 5 orang berhimpit tido 1 bilik. Dah la takde aircond. Katil 1 Queen 1 Single je huhu. Malam BBQ ok sangat. Diorang siap masak dah. Kami beratur makan la sampai puas. Masakan puas hati. Sedap!

Lepas makan kami pegi Long Beach tengok-tengok, jalan kaki jeee lalu tepi Ombak Chalet. Dalam 10-15minit je sampai la, nak bot kena caj RM 40 sorang woo. Angin kuat. Syokkk sangat, tapi bising sebab belah situ happening malam, dah lewat kami balik rest sebab excited nak snorkeling.

Pagi tunggu nak snorkeling makan dulu breakfast tajaan pakej. Pukul 10 tak datang pulak si Ila tu. Wasap tak reply, tapi 10.30 pagi pekerja Cafe tu suruh naik bot. Memang dia bawak tapi si Ila tu mana? Lepas snorkeling 2 tempat baru dia reply wasap bagitau dia otw. Hahahahahaaha

Syukur dapat tengok Shark Fin, Penyu.. ikan Nemo sume. Anak-anak enjoy je bagi ikan makan roti. Sayangnyaaaaa takde camera bole masuk air. Huuuu so next time dont assume. Ingatkan mak tak dapat snorkeling sebab jaga anak hee. Allah makbulkan jugak. Aimi tido. So puas jugak la. Pengalaman..


Lunch kami dekat area snorkeling tu lepas tengok Penyu. Tiba-tiba diorang cakap kena bayar sendiri. Hahaha lagi sekali terkena. Tak include pakej la gitu hoi.. ada yang tak bawak purse. Mujur datang ramai2. Kalau sorang? Minum je air laut tu haaa.. tapi once again, lauk sedap gilaaaaa. Murah RM 8 je siap amik sotong besar. Huish diet kelaut sungguh time tu.

Last snorkeling lama sikit dekat Romantic Beach. Tenang je airnya. Masa ni baru Luthfia berani ikut kitorang masuk dalam air. Balik, tido pastu petang pegi minum. Malam expect BBQ macam semalam tapi takde. Yes diorang cakap Ila tak bayar ke ape ntah. Lepas call bagai dapat la order 1 BBQ set each person. Hurm. Nasib baik laa.. makanan memang sedap.

Masa ni dah menyampah, meja sebelah baru sampai petang tadi pun complaint macam2. Diorang bilik dekat Sharila Chalet ada aircond tapi rosak. Huhu masing-masing nak blah pagi-pagi esok. Malam tu survey Senja Chalet punya pakej. Starting from RM 470/pax biliknya memang cun.

Isnin pukul 7.50pagi dah kat jeti. Heee serius Ila tu takde nampak pun dia. Tengah breakfast tu dia wasap cakap kami salah naik bot. Alahaiii sedangkan pakcik bot tanya, kami 11orang ke? Amelia Chalet? Kan dah betul tu??

Next entry la sambung Masjid Kristal ye.





Happy birthday husband! 
May Allah grant u Jannah.


 #aimiluthfiatrip

No comments:

Post a Comment